Projek Cendawan

Syarikat Golden Wing Mushroom Enterprise merupakan syarikat kami yang bertunjangkan 100% bimiputera, telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu. Syarikat kami merupakan Mentor kepada projek cendawan PPRT di bawah seliaan Jabatan Pertanian. Setakat ini syarikat ini telah mempunya 6 buah bangsal produksi cendawan dan 2 buah bangsal pengeraman cendawan. Perniagaan utama syarikat ini adalah perusahaan membiak benih cendawan di mana kami membekalkan hasil cendawan segar kepada pemborong-pemborong di sekitar Kota Tinggi, Johor Bahru dan juga Singapura. Di samping itu juga, kami merupakan pembekal benih cendawan yang di hasilkan daripada tisu kultur menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi bagi menghasilkan benih yang baik dan berkualiti tinggi.

Bekalan benih kami di hasilkan dalam bentuk botol kaca di mana sepanjang pengalaman kami, penghasilan botol kaca ini akan menghasilkan benih yang lebih berkualiti tinggi dan lebih tahan lama. Kami juga membekalkan peralatan untuk membuat cendawan untuk para pengusaha cendawan.

Berbekalkan dengan pengalaman kami mengendalikan perusahaan cendawan, kami telah menerima cadangan daripada penduduk sekitar dan juga daripada individu yang ingin mendalami ilmu dalam mengusahakan cendawan ini, makan kami telah membuka setapak lagi langkah untuk mengadakan kursus penanaman cendawan untuk peserta-peserta yang ingin mengenali dan mendalami ilmu serta berkongsi ilmu yang telah kami perolehi sejak dari awal pembabitan kami dalam dunia cendawan. Insyaallah, kami akan kongsikan segala yang baik untuk menaikkan perniaagaan cendawan di kalangan pengusaha cendawan iang telah dan ingin berkecimpung dalam bidang ini.

Individu-individu yang ingin berhubung dengan kami boleh terus ke kilang cendawan kami berlamat seperti di bawah :

Golden Wing Mushroom Enterprise
Lot 167, Jalan Orkid,
Kg Sungai Telor,
81900 Kota Tinggi,
Johor.
En. Abdullah Bin Mohamed Ali
H/P : 019-746 2119